Thursday, February 9, 2012

Kuih lompat tikam

Assalamualaikum peeps.

Kalau korang nak tahu, orang Kelantan memang sangat suka makan sebab tu la ada macam-macam jenis kuih muih yang korang boleh jumpa kat sini. Dah la macam-macam jenis, nama pun pelik je macam kuih tahi itik, tahi minyak. Kreatif sangat!

Korang pernah makan kuih lompat tikam?

                  ni la rupa kuih lompat tikam yang ada dijual kat kedai tu [Sumber: Google]

Kenapa kuih ni dipanggil kuih lompat tikam? misteri tu nana tak pernah berjaya bongkarkan. Hahaha. Kalau tanya mama, mesti dapat jawapan yang tak munasabah.Kuih ni ada pulut yang warna merah, santan, sirap gula melaka, dan yg warna hijau tu ape ntah nama tapi rasa sama macam yang bahagian bawah tepung pelita.

                                        Sedapnya... [Sumber: Google]

Serius sangat sedap*lap air liur. Kalau korang datang Kelantan, jangan lupa cuba sebab kalau kat KL susah nak jumpa orang jual kuih ni. Kalau ada pun, selalunya tak sedap. Berdasarkan pengalaman sendiri. Dah tak nak beli kuih kat Bazaar Ramadhan T.T"

Oh Kalau korang rajin, ni haa ada terjumpa resepi. Try la buat sendiri. Selamat mencuba!

                                                                    [Sumber: Google]

I'm Back!

Assalamualaikum and hello blogging world..


I'm back! Blog ni dah hidup mati hidup mati entah kali ke berapa dah. Memang banyak kali dah pikir nak blogging balik yela aritu nak makeover blog lepas tu datang tsunami busy so tak sanggup tengok blog bersawang terus private. Ingatkan nak delete tapi tak sanggup. Tsk! Tsk!

So, memandangkan tengah cuti, nana makeover balik blog ni konon konon macam a fresh start la. Goodbye my forever cute header. Header baharu ni dah tak ada dah rainbow atau panda bagai. Simple je melambangkan kematangan usia yang dah nak masuk 2*uhuk puluh  2*uhuk uhuk batuk lagi. Biar pun dah 22, tapi jiwa tetap remaja dan comel. Nah! Kasi baldi kat korang untuk muntah =___="

So, hopefully ada lagi yang sudi jenguk blog nie sebab ada banyak sangat benda nana nak kongsi. Sila doakan dengan penuh gigih yang nana akan rajin update. Okay tu je nak cakap. #okbai

Monday, January 31, 2011

iklan kereta yang comel!

Yo wassup people.

Apa kata hari ni kita tengok iklan comel ni. Layan bro~




Comel kan? Tiba-tiba macam nak bela hamster bila tengok video nih =)